siapa sebenarnya iskandar zulkarnain?

SIAPA SEBENARNYA ZULKARNAIN?

Sebenarnya pendapat popular bahawa Zulkarnain adalah Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) telah dinafikan oleh ramai sarjana Islam kerana setelah dikaji latarbelakang Iskandar Zulkarnain, ternyata bahawa beliau bukanlah seorang yang berperibadi mulia sebagaimana Zulkarnain yang diberitakan di dalam Al-Qur’an. Atas sebab itu sarjana yang kemudian telah mengkaji lagi dan mencari siapakah sebenarnya Zulkarnain itu.

Wahab bin Munabbih berpendapat bahawa Zulkarnain adalah seorang raja Yaman bernama As-Sha’ab Zulkarnain bin Al-Harith Zu Murathid bin Amru Al-Hammal Zu Manah bin Aad Zu Syidad bin Emir bin Al-Milthat bin Saksak bin Wail bin Himyar bin Saba’ bin Yusyiab bin Yi’rab bin Qahtan bin Hud a.s. bin Emir bin Syalikh bin Arfafksyad bin Sam bin Nuh a.s. Menarik juga kisah As-Sha’ab Zulkarnain ini kerana baginda ini dikatakan hidup di zaman Nabi Musa a.s. dan satu lagi perkara menarik ialah bahawa Nabi Khidir a.s. adalah menteri kanan kepada As-Sha’ab dan Khidir a.s. telah mengikuti baginda bersama-sama dalam siri pengembaraan baginda untuk menakluki negeri-negeri lain. Malah Khidir a.s. dikatakan telah menghilangkan diri selepas As-Sha’ab Zulkarnain mangkat.

Seorang lagi raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain ialah Kaurasyh Al-Ikhmini. Pendapat ini dikemukakan oleh Abul Kalam Azad, bekas Menteri Pendidikan India. Beliau telah menyelidik sejarah Parsi kuno dan menemukan seorang raja yang terbilang sejarahnya. Kaurasyh dikenali oleh orang Greek sebagai Syrus, dan orang-orang Yahudi menggelarnya sebagai Khauras. Selain dari merupakan raja yang agung, Khaurasyh dikatakan bersifat adil, hubungan dengan rakyat jelata adalah baik, dan menunjukkan sifat-sifat kemanusiaan yang mulia.

Jika mahu dicatat satu persatu berkaitan tiga raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain dalam Al-Qur’an itu akan jadi amat panjanglah artikel ini. Memadailah untuk saya catat di sini pendapat Muhammad Khair Ramadhan Yusuf yang telah mengkaji dengan terperinci mengenai raja-raja berkaitan. Beliau berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk tidak mengaitkan salah satu dari tiga raja ini sebagai Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Qur’an. Adalah lebih baik bagi kita menganggap bahawa Zulkarnain yang di sebut di dalam Al-Qur’an itu sebagai seorang raja agung yang beriman, yang berperibadi mulia. Saya sendiri pun bersetuju dengan beliau, kerana pendapat-pendapat ulama berkaitan perkara tersebut adalah sekadar pendapat dan belum lagi mencapai tahap pembuktian yang benar-benar kukuh. Mungkin pada satu hari nanti ulama Islam akan menemui bukti siapakah Zulkarnain yang dimaksudkan di dalam Al-Qur’an. InsyaAllah.

About these ads

4 responses to this post.

  1. Posted by nukman on June 10, 2010 at 8:53 am

    saya pernah terbaca buku “BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULKARNAIN”mengatakan tembok zulqarnain berada di KASPIA KERANA TEMBOK ITU PALING LOGIK DAN CIRI-CIRINYA MENEPATI DALAM AL-QURAN.APA PENDAPAT ANDA

    Reply

  2. Posted by gaya untung on April 2, 2011 at 7:51 pm

    kisah iskandar zulkarnain !, dan nabi khidir , ini semua adalah nabi musa a.s , sila baca alqur’an dengan betul dan tepat.

    Reply

  3. telah banyak kali saya membaca mengenai kisah siapakah Iskandar Zulkqarnain yang juga telah diceritakan di dalam Al-Quran melalui surah Al-Kahfi (ayat 83 – 98). Sebagaimana di dalam Al-Quran, pertanyaan perihal siapakah dia Zulqarnain datang daripada pendita Yahudi kepada Nabi Muhamad s.a.w atas sebab hendak menguji kerasulan nabi s.a.w. Lalu Allah menurunkan WahyuNYA melalui jibril a.s supaya baginda dapat menjawab pertanyaan dari pendita yahudi itu siapakah dia Zulqarnain.
    Di sini kita faham bahawa pertanyaan mengenai perihal seorang raja (Zulqarnain) itu bukan hanya pada mutakhir ini malah ia sebenarnya telah berlaku pada ribuan tahun dahulu. Persoalannya kenapa tiada di kalangan bijaksana islam yang tampil dengan bukti-bukti kukuh ilmiah yang dapat mengesahkan siapakah dia Zulqarnain yang disifatkan oleh ALLAH di dalam Al-Quran sebagai seorang raja yang tersohor lagi adil. Jika hal ini tiada dilakukan maka pertanyaan mengenainya akan terbawa-bawa sehingga akhir zaman.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: